Thursday, June 2, 2011
sekarang!
semua orang dah sibuk sambung belajar.
so,all the best people!
belajar molek.
mulakan dengan azam baru dan usaha yang tekad.
jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja ye. :)
ok,chaww!
Monday, May 9, 2011
upu,matriks or ipts?
sudah lama blog ini tidak diupdate ya.maaf kepada teman-teman sekalian.
okay,seperti yang kita sedia maklum,keputusan upu sudah keluar.matriks juga.
walauapapun keputusan kawan-kawan,kami akan sentiasa menyokong anda!buatlah keputusan yang terbaik =D
SAYA PERCAYA ANDA BOLEH. yay!
kepada mereka yang tak mendapat matriks atau upu,tabahkan jiwa.saya percaya anda pasti boleh berjaya jua.
saya, tidak mendapat matriks dan kemungkinan besar saya akan melanjutkan pengajian ke unisza. :) terengganu lagi -.-
okay,tak apalah.upu nak saya melibatkan diri dalam sukan sebenarnya ini.terengganu kan terkenal dengan aktiviti menunggang kuda,golf,renang dan basikal.saya salute terengganu!haha
harap-harap saya boleh jadi pemain golf yang berjaya. =)
i'm going to take diploma tesl. :D
and guess what?
ada orang add saya di fb semata-mata kerana dia terjumpa blog peribadi saya dan dia juga ingin ke unisza dan ambil tesl.terkejut pun ada tau.patutlah tak ada mutual friend.hehe
tapi saya tak kisah.malah seronok.jumpa kawan juga akhirnya.tapi dia masih buat rayuan upu.dan harap-harap dia dapat.dan cuba teka?sewaktu dia isi borang upu mula-mula dulu,dia pun letak diploma mass comm sebagai pilihan pertama.sama macam saya! LOL
begitu banyak persamaan ye.haha.ada chemistry ni.hihi
okay kini ramai yang keliru terutama bagi mereka yang dapat banyak tawaran.
nak ambil asasi?nak ambil matriks ?atau utp?atau ipts lain?
itu terserahlah kepada anda. :)
cuma kalau memang minat jurusan diploma tu,ambillah diploma.kalau tak minat,kalau boleh elakkanlah ye.
kalau antara asasi dan matriks,tengoklah anda dapat asasi apa.kalau dapat asasi sains kejuruteraan tapi minat medik,masuk jelah matriks.macam kawan saya di BP.Dia minat medik tapi dapat engineering di uitm jengka.jadi dia pun ambil keputusan masuk matriks.tapi ini sekadar pendapat.hidup anda,anda yang tentukan. :)
because sometimes we have to compromise.like me,i'm not really interested in tesl.but then i have no other choice so in times like this i have to practice tolerance.by the way,i do have interest in english.so i guess i'll do fine.so conclusion:saya suka lah juga sikit-sikit.cuma perkataan mengajar tu menakitkan saya.sebab..entah.mungkin sebab saya ni takut tak dapat jadi guru yang baik.you know,i was a pgf leader for a year in mjsckt and i didnt think i did a good job.harap maaf ya kepada anak-anak buahku dahulu.
tapi kalau tak minat LANGSUNG,lebih baik matriks kot. :) terserahlah ya.
kita akan saling menyokong kan?
Sunday, April 17, 2011
Indahnya Islam.

Monday, April 11, 2011
Kepada Syariman Zakaria.
Thursday, April 7, 2011
Ini Pasal Ranking Ya.
Friday, April 1, 2011
Yaasiin.
2. ” The person who reads Surah Yaseen every night, thus, when he dies, he will die as a sha’heed (martyr).” (Tabaraani)
3.” Whosoever reads the heart of the Quraan - ” YA-Seen” in Ramadhan will recieve the sawaab of reading 10 Quraans.” (Tirmihi)
4. ” Whoever reads Surah Yaseen in the beginning of the day, all his needs for the day will be fulfilled.”
5.Whoever reads Surah Ya’seen for the pleasure of Allah only,all his previous sins are forgiven.Therefore make a practice of reading this Surah over your dead.
6. If someone reads Surah Ya’seen and Surah Saffat on Friday and begs Allah of his needs, his needs will be fulfilled
7. Surah Ya’seen is named in the Torah as Mun’mah (giver of good things) because it contains benefits for its readers in this life as well as in the Hereafter, it removes from him the afflictions of this world and the next and takes away the dread of the next life.
Hebatnya Islam !
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu ZohorWarna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Waktu AsarKemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Waktu MaghribMenjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu IsyakApabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
QiamullailSelepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullaill.
Masya Allah! Indahnya Islam! :)
Alhamdulillah!
Sumber : Tumblr. com
Much love,
Hanan Kamalia.
