Assalamualaikum w.b.t.
Lama sudah rasanya tidak mengemaskini blog ini. Maaf dipohon daripada semua penulis blog.
Ingin sekali penulis mengucapkan tahniah kepada yang sudah dan bakal menghadiri pelbagai jenis temuduga. Mudahan segalanya akan berjalan lancar.
Baiklah, pernahkah rakan rakan merasa kecil hati, kecewa, penat menghadapi dugaan atau sebagainya?
Tipulah jika tak pernah, manusia memang akan melalui pelbagai jenis emosi. Ada hikmahnya Allah s.w.t. kurniakan manusia dengan pelbagai jenis emosi. Emosi ialah sebahagian dugaan kita harus tempuhi. Jika berasa gembira sekali pun, itu bermakna Allah s.w.t menguji kita dengan nikmat. Kalau berasa sedih, kecewa, dan sebagainya pula, Allah menguji kita untuk bersabar. Jadi bersabarlah walau kita berasa gembira mahupun kecewa. Dan sentiasalah kita bersyukur kepadaNya dengan segala yang dikurniakan. Ingat ya wahai rakan rakan, jika kita sedih macam mana pun, jangan khuatir, ini hanya di dunia, jika kita bijak beramal insyaAllah, kegembiraan yang hakiki menuggu di akhirat sana. Kalau gembira sangat, bersyukurlah wahai sodiqi, mudahan dengan kita bersyukur, dapat kita merasa nikmat syurga di akhirat sana.
Ingat, dunia hanya persinggahan di mana kita mencari bekalan untuk akhirat.
No comments:
Post a Comment