Pages

Monday, February 28, 2011

spm?

ok,perkataan itu sangat menggerunkan bagi saya,dan saya pasti kalian juga berasa sedemikian.

Pada entri kali ini,saya hanya ingin mengkhabarkan suatu berita.

berita?pasti kalian berasa berdebar.

berdasarkan dua sumber yang saya rasakan boleh dipercayai,dengar khabar keputusan SPM kita akan dikeluarkan selepas march school break. :)

jadi,bersedialah ya,kawan-kawan!

saya tidak boleh mengatakan perkara ini adalah sahih tetapi insyaallah benar.

bersama-sama kita nantikan. xD

my heart is beating rapidly.thump thump thump. *gasping for breath*

haha.tidak ada apa-apalah.cuma panik seketika.

apapun,semoga kita semua mendapat keputusan yang kita redhai. :)

Sunday, February 27, 2011

Kini 4.

Assalamualaikum w.b.t.
Hello my PIRATES! ;)

Apa khabar semua?Harap harap sihat belaka.InsyaAllah.Sama sama kita doakan.

Tajuk kali ini, pasti sudah ada yang boleh meneka bukan? ;)
Baiklah, macam biasa, kita sama sama ikuti perkembangan rakan kita.
Sebenarnya, penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada salah sorang ahli lanun kerana sudi memberitahu penulis tentang perkembangan dirinya dan penulis pula memang mengalukan sikap sebegini.Tahniah si dia.Siapa agaknya dia ni? ;P
Jeng jeng jeng!

Wahh..Dia tu lah.Ala takkan tak kenal kot?Dia ni dulu Naib Presiden 1 BWP merangkap pangkat Presiden LDP.Cheh, siapa tak kenal si Nasrun Jaafar. ;p
Rasanya kalau kita semua terdengar suaranya yang beralunkan loghat pekat Terengganunya, semua orang cam.Betul tak?

Hmm..Nasrun memang berani, kerana dia memberi idea hebat kepada penulis untuk membuat sedikit coretan malam ini.

Baiklah, kawan kawan, abang Nasrun kita ni, sudah pun ada karier tetap yang sememangnya unik dan menguntungkan.Dia terkenal dengan minat dan hobinya dalam sukan 'lumba motor'.
Tapi, di samping itu, Nasrun atau lebih senang dikenali sebagai Ayun, kini, berkarier sebagai seorang..

PEROMPAK BANK.

Di sini, penulis sukacita ingin berkongsi sedikit sebanyak perbualan antara penulis dengan Ayun Si Taiko.

Penulis.
Ayun.

"Menguntungkan ke karier ini?"
"Memang menguntungkan nan! ;D"
"Ohh, bagusla macam tu.Cuba cerita sikit pengalaman sepanjang merompak bank?"
"Well, aku sebenarnya, pernah mati sekali, tapi aku pelik aku hidup semula"
"Yakk eh, hmm..guna jaket kalis peluru ke?=_="
"Hmm..taklah nan.Aku hanya menggunakan topi keledar ARAI!"
"Wahh!Tak tahu kejadah apa tu.Tapi macam mana pun, terima kasih atas respon kau Ayun. ;)"

Maka itulah setakat yang sempat kami bualkan.Bukan apa, takut juga si penulis nak tanya banyak banyak, kalau andai silap kata kat Ayun tu, tak pasal pasal, geng dia datang cari, naya!!

Kepada rakan lain, jika berminat untuk menyertai Nasrun dalam membina kerjaya yang menguntungkan ini, sila hubungi dia segera.Tempat terhad!

Sekian sahaja, wassalam!

Yours affectionately,
NKMZ.


Friday, February 25, 2011

Kini 3.

Assalamualaikum.
Hello to all PIRATES. ;)
How are you guys doing lately?
We, the authors of the blog, are praying the best that each of the member of our batch is in the best of health.
Remember people, take care of your health.
They say, health is wealth, and it is indeed very true.

Okay, let me continue this entry bilingually.

Baiklah, izinkan saya menulis entri ini secara dwibahasa.

Rakan rakan, perasan tak ada sekumpulan pelajar batch kita yang terlupa disertakan dalam entri sebelum ini yang mengupas tentang perkembangan batch kita?Mesti ada yang sedar bukan?
Sebelum saya meneruskan dengan kupasan perkembangan sekumpulan pelajar ini, saya ingin menghulur maaf bagi pihak blog ini dan penulis sendiri dari lubuk hati paling dalam kerana cuai dan gopoh sehinggakan terlupa menyelitkan perkembangan mereka.Hmm...minta maaf ya?

Sekumpulan pelajar ini ialah, Razak, Nuri Najian, Wani Yasin, Majidah, Izati PAIS, dan juga Fatin Amira.

Mereka ini sebenarnya telah pun berada di UiTM Puncak Perdana bagi melanjutkan pelajaran dalam subjek perakaunan.Malahan, mereka ini ialah kumpulan paling awal yang mendapat tawaran Program SPC MARA.Tahniah diucapkan!Semoga fokus dalam pembelajaran dan dapat meneruskan kecemerlangan mereka di sana. ;)

Sekian sahaja entri kali ini, wassalam.

Yours affectionately,
NKMZ.

Thursday, February 24, 2011

rasa penghargaan

assalamualaikum.

wahai rakan-rakan seperjuangan dan pembaca-pembaca sekalian

Di sini saya ingin mengekspresikan rasa penghargaan kepada saudari Hanan Kamalia.
Saya berasa sungguh gembira melihatkan entri-entri yang diposkan oleh saudari Hanan.Saya merasakan bahawa entri-entri tersebut sangatlah berguna dan dapat membantu kita mengikuti perkembangan rakan-rakan kita.Insyaallah kita akan berjumpa pada hari kita mengambil keputusan SPM 2010 kelak.Semoga kita semua mendapat keputusan yang terbaik.Saya juga berasa sangat terharu kerana saudari Hanan telah melakukan kerja beliau mendesign blog ini dengan begitu baik sekali!Terima kasih,kawan!

P.S i love the header.Good job! :)

Kini 2.

Assalamualaikum.
Lanun sekalian. ;)

Ok.Baiklah.Penulis tiba tiba rasa semangat untuk menghidangkan para lanun sekalian dengan beberapa lagi perkembangan rakan rakan lanun kita.

Syamil @ Suzon : Ingatkah lagi kamu semua pada Syamil?Ala, Syamil yang dulu jejaka tunggal dalam kelas 5 al-Biruni.Hehe.Kini Syamil sedang bekerja di sebuah hardware di IOI tidak silap.Syamil ialah antara yang paling awal mencari dan mendapat pekerjaan dalam ramai ramai.Dia juga paling awal mendapat gaji.Dengar dengar dia punya gaji boleh tahan banyak.Bolehla ramai ramai kita ke IOI ye.Tengok duit Syamil.Ooops, tengok Syamil lah. ;)

Syauqi @ Choki : Haa, yang ini pula bekerja jugak.Di Kenny Rogers di Alam Sentral tak silap.Hmm, agaknya best kot dapat makan muffin kat Kenny Rogers tu hari hari eh Syauqi.Sekarang ni dengar khabar, Choki ni tak berapa sihat.Diarrhoea khabarnya.Hmm..pergilah jumpa doktor ya. ;)

Aina Fatin Akifeen @ Fieenn : Haa, yang ini penulis susah sikit nak tahu perkembangan dia.Haha.Bukan apa, Fienn ni takde kat Kelantan.Merantau aje kerjanya.Tak tahulah dia ni bekerja ke apa.Nanti ramai ramai kita tanya dia kt Facebook ya! ;)

Yang lain tu, apa lagi?Cepat cepat beritahu penulis apa yang sedang berlaku.Penulis akan merajinkan diri untuk mengupdate blog ini dengan semua perkembangan ahli lanun.InsyaAllah.

Sekarang banyak khabar angin tentang tarikh keputusan SPM 2010 diumumkan.Hishh...mana satu entah nak percaya?Semua dilanda perasaan ingin tahu dan tahap nervous tu tak payah cakapla memang di aras paling tinggi kan.Penulis faham perasaan kita semua.Apatah lagi yang duduk jauh jauh seperti di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan lain lain, pastinya perasaan mendebarkan bercampur baur dengan kebimbangan untuk mendapatkan tiket pengangkutan ke maktab.Hmm, kalau beli awal, tak confirm, kalau beli lewat susah pulak kn nk dapat.Jangan main main, tiket pengangkutan sekarang pun makin mahal.Tiket bas sahaja kini sudah mencecah RM40+.Beginilah, harap harap pihak sepatutnya akan memberitahu tarikh sebenar keputusan SPM 2010 diumumkan pada waktu dan masa yang rasional.Bak kata lain, agar semua pihak berpuas hati.Kita serahkan kepada pihak sepatutnya ya.;)

Tugas kita pula?
Baiklah rakan rakan..Walaupun kita semua sibuk dengan hal masing masing, tapi, hendaklah kita beringat, doa dan amalan hendaklah dijaga.Mintalah dengan Allah s.w.t agar Dia mengurniakan kita semua dengan kejayaan!InsyaAllah.Tapi ingat, jangan hanya meminta, tetapi, sertakan juga dengan selawat Alhamdulillah untuk memanjatkan kesyukuran kita kepadaNya atas nikmat yang telah Dia kurniakan selama ini.Wahai lanun lanun, ;) penulis sukacita ingin berkongsi dengan para lanun bahawa sebaik baik zikir ialah Lailahaillallah, manakala, sebaik baik doa ialah Alhamdulillah! ;)
Selamat beramal ya!

Yours affectionately,
NKMZ

Kini.

Assalamualaikum.

Ini ada sedikit berita yang ingin dikongsi.Bukanlah berita hangat pun.Hanyalah berita perkembangan sekitar rakan rakan kita semua.

Fauzan Idrus : Kini sambil menunggu keputusan SPM, Fauzan bijak membahagikan masa.Selain daripada berdoa untuk keputusan yang cemerlang, Fauzan bergiat aktif dalam sukan ragbi.Beberapa minggu lepas, juga dalam bulan ini, dia telah ke Hatyai untuk satu perlawanan ragbi.Pasukan ragbi disertainya mendapat Naib Johan di sana.Tahniah!Baru baru ini juga, dia baru sahaja mendapat tawaran panggilan untuk menyertai pasukan ragbi, tidak silap, bagi pasukan entah tidak pasti apa ya.Tapi, tahniah lagi sekali kepada Encik Fauzan kerana mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah yang akan membawa kepada kesihatan yang lebih mantap! ;)

Aisyah Manen : Si gadis kecil molek ini dengar khabarnya sedang sibuk menolong bisnes ibunya di sebuah kedai menjual produk AVON.Aisyah akan mendapat serba sedikit pengalaman dan pegetahuan tentang bisnes melalui aktiviti ini di samping dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara ibu dan anak.Tahniah!;)

Hanan Kamalia : Gadis kampung yang tinggal di Bachok ini kini sedang berusaha mendapatkan seberapa banyak mungkin pelajar untuk menghadiri tuisyen Bahasa Inggeris yang dibuka di rumahnya.Selain itu, gadis ini juga tidak ketinggalan ke sekolah rendah lamanya berdekatan rumah pada setiap Isnin untuk membantu guru-guru di sana mengajar murid yang bakal menduduki UPSR dalam subjek Bahasa Inggeris.Semoga berjaya!

Hafizuddin Ramli : Dengar dengar Encik seorang ini juga sedang mengisi masa terluang dengan membantu ayah tersayang bekerja!Bagus!Penulis ada juga sempat berchatting di Facebook bersama sama Encik Din ini, dan dia berkata bahawa dia mendapat pengalaman berharga membantu ayahanda tersayang! ;)

Alyaa Shafie : Si cantik ini sekarang sedang menghabiskan masa bersama sama keluarga tersayang di rumahnya di Seremban.Baru baru ini, sempat juga dia menimba pengalaman bekerja di kompleks beli belah berdekatan rumahnya, Jusco Seremban 2.Kini, dia memilih untuk meluangkan masa bersama sama keluarga.Bak kata orang, family first ;)

Atiqah Yusoff @ Shuhaibah : Si periang ini barangkali sedang sibuk dengan shooting.Maklumlah, kini makin berjaya karier modellingnya.;P Gurau!Baiklah, dia kini sedang berada di rumah.Menjaga adiknya, Iman.Dia gembira berada di rumah kerana dapat meluangkan masa bersama sama keluarga.

Umi Syahirah, Syuhaidah Saufi, Nik Syahiran, Amanina Saari, Fetty Salleh, Aslam @ Abe:
Mereka ini sedang sibuk dengan pembelajaran sekarang.Tahniah kepada mereka.Mereka semua kini berada di UTP, Perak.Mereka telah berjaya mendapatkan tawaran Program SPC MARA! ;)

Hannah Diyana, Kamilah Sakinah : Pasangan ini sedang sibuk juga belajar.Mereka berada di UTM, Skudai, Johor.Tahniah juga kepada mereka kerana mendapat tawaran Program SPC MARA! ;)

Farah Azlan, Diana Hasidi, Dida : Tiga serangkai ini sedang berada di Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah.Mereka juga berjaya mnedapat tawaran Program SPC MARA!Tahniah! ;)

Tuan Hazwani @ Aji : Si Aishwarya Rai ini kini berada di USIM tidak silap.Dia juga telah mendapat tawaran Program SPC MARA dalam bidang perubatan.Tahniah! ;)

Yusmira @Mek Yus : Gadis pintar kebanggaan kita semua ini juga berjaya mendapat tawaran Program SPC MARA dalam bidang perubatan di UIA.Tahniah! ;)

Shahera Hana : Si kecil molek yang petah bercakap ini sekarang sedang berusaha ke tahap maksimum untuk menghasil buku ulungnya!Sama sama kita sokong Hana!Go Hana go! ;)

Shikin Fariza @ Dojek : Ini lagi sorang gadis petite periang.Shikin kini sibuk mencari nafkah.Dia bekerja di sebuah kilang.Bagus Shikin!Teruskan usaha! ;)

Atirah Noorsham @ Shefie : Atirah tidak ketinggalan mengambil peluang cuti ini untuk mengumpul duit!Atirah kini bekerja di sebuah restoran berdekatan rumahnya!Dengar khabar, dalam seminggu, dia hanya bercuti pada hari Isnin!Wahh!Bagus!Bekerja keras. ;)

Joanna Ramdzan : Baru baru ini ada juga dengar berita si gadis ini cuba mendapatkan kerja.Banyak tempat telah dia lawat untuk mencari kerja.Harap harap semoga terus berusaha dan berusaha lagi ya!Silalah bagitau rakan rakan ye Cik Jo kalau kalau dah dapat kerja.Kami nak tahu juga.Hehe.Dan di samping itu, dia juga ada membuat bisnes kecil kecilan.Menjual kamera dan banyak lagi.Tahniah!Cik Jo mengambil langkah menyahut seruan MARA, 'Keusahawanan Kerjaya Pilihan' ! ;)

Siah : Buat lesen sekarang ni si gadis comel ini.Dia juga sibuk menolong ibunya menjual pisang goreng.Wahhh!Pisang goreng!Sedap tu Siah!Mari pakat beli dengan Siah! ;)

Nisah Mohd : Yang ni pun sedang buat lesen.Penulis ada juga sempat berchatting di Facebook bersama sama si Nisah ini.Di samping itu, dia menghabiskan masa dengan menjaga adik kembarnya!Comelnyaaaa!!

Syariman @ Che Me : Jejaka pujaan ramai ini berada di Johor.Dia menghabiskan masa di rumah kakaknya.Tapi gadis gadis yang menyimpan hati terhadapnya, jangan bimbang, penulis telah diberitahu sendiri oleh Che Me bahawa dia masih bujang.Hehe. ;)

Farahin Fahmi @ Fahyn : Yang ini pula jaga anak saudaranya di rumah.Bagus lah tu.Dengar dengar Faris sedang sakit sekarang.Moga moga sembuh lah ye. ;)

Baiklah..mungkin itu sahaja yang penulis dapat kongsi buat masa ini.Yang tidak ditulis namanya diatas, jangan kecil hati, sebaliknya, sudi sudi lah beritahu penulis berita terkini tentang diri anda melalui comment atau paling mudah di shout box di sebelah.InsyaAllah penulis akan menulis entri lain berkenaan perkembangan anda. ;)

Sekian sahaja, wassalam. ;)

Yours affectionately,
NKMZ.


Wednesday, February 23, 2011

Salam Ya Pirates!

Assalamualaikum.

First, I'd like to address appreciation for Shaherah Hana, the one who I really think, came up with this very simple yet cool idea of making this blog for our beloved batch.
Thank you Hana! ;)

So guys!
HELLO!

Welcome to our page and do visit this page.
Well, they say, the more the merrier!