Pages

Thursday, February 24, 2011

Kini.

Assalamualaikum.

Ini ada sedikit berita yang ingin dikongsi.Bukanlah berita hangat pun.Hanyalah berita perkembangan sekitar rakan rakan kita semua.

Fauzan Idrus : Kini sambil menunggu keputusan SPM, Fauzan bijak membahagikan masa.Selain daripada berdoa untuk keputusan yang cemerlang, Fauzan bergiat aktif dalam sukan ragbi.Beberapa minggu lepas, juga dalam bulan ini, dia telah ke Hatyai untuk satu perlawanan ragbi.Pasukan ragbi disertainya mendapat Naib Johan di sana.Tahniah!Baru baru ini juga, dia baru sahaja mendapat tawaran panggilan untuk menyertai pasukan ragbi, tidak silap, bagi pasukan entah tidak pasti apa ya.Tapi, tahniah lagi sekali kepada Encik Fauzan kerana mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah yang akan membawa kepada kesihatan yang lebih mantap! ;)

Aisyah Manen : Si gadis kecil molek ini dengar khabarnya sedang sibuk menolong bisnes ibunya di sebuah kedai menjual produk AVON.Aisyah akan mendapat serba sedikit pengalaman dan pegetahuan tentang bisnes melalui aktiviti ini di samping dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara ibu dan anak.Tahniah!;)

Hanan Kamalia : Gadis kampung yang tinggal di Bachok ini kini sedang berusaha mendapatkan seberapa banyak mungkin pelajar untuk menghadiri tuisyen Bahasa Inggeris yang dibuka di rumahnya.Selain itu, gadis ini juga tidak ketinggalan ke sekolah rendah lamanya berdekatan rumah pada setiap Isnin untuk membantu guru-guru di sana mengajar murid yang bakal menduduki UPSR dalam subjek Bahasa Inggeris.Semoga berjaya!

Hafizuddin Ramli : Dengar dengar Encik seorang ini juga sedang mengisi masa terluang dengan membantu ayah tersayang bekerja!Bagus!Penulis ada juga sempat berchatting di Facebook bersama sama Encik Din ini, dan dia berkata bahawa dia mendapat pengalaman berharga membantu ayahanda tersayang! ;)

Alyaa Shafie : Si cantik ini sekarang sedang menghabiskan masa bersama sama keluarga tersayang di rumahnya di Seremban.Baru baru ini, sempat juga dia menimba pengalaman bekerja di kompleks beli belah berdekatan rumahnya, Jusco Seremban 2.Kini, dia memilih untuk meluangkan masa bersama sama keluarga.Bak kata orang, family first ;)

Atiqah Yusoff @ Shuhaibah : Si periang ini barangkali sedang sibuk dengan shooting.Maklumlah, kini makin berjaya karier modellingnya.;P Gurau!Baiklah, dia kini sedang berada di rumah.Menjaga adiknya, Iman.Dia gembira berada di rumah kerana dapat meluangkan masa bersama sama keluarga.

Umi Syahirah, Syuhaidah Saufi, Nik Syahiran, Amanina Saari, Fetty Salleh, Aslam @ Abe:
Mereka ini sedang sibuk dengan pembelajaran sekarang.Tahniah kepada mereka.Mereka semua kini berada di UTP, Perak.Mereka telah berjaya mendapatkan tawaran Program SPC MARA! ;)

Hannah Diyana, Kamilah Sakinah : Pasangan ini sedang sibuk juga belajar.Mereka berada di UTM, Skudai, Johor.Tahniah juga kepada mereka kerana mendapat tawaran Program SPC MARA! ;)

Farah Azlan, Diana Hasidi, Dida : Tiga serangkai ini sedang berada di Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah.Mereka juga berjaya mnedapat tawaran Program SPC MARA!Tahniah! ;)

Tuan Hazwani @ Aji : Si Aishwarya Rai ini kini berada di USIM tidak silap.Dia juga telah mendapat tawaran Program SPC MARA dalam bidang perubatan.Tahniah! ;)

Yusmira @Mek Yus : Gadis pintar kebanggaan kita semua ini juga berjaya mendapat tawaran Program SPC MARA dalam bidang perubatan di UIA.Tahniah! ;)

Shahera Hana : Si kecil molek yang petah bercakap ini sekarang sedang berusaha ke tahap maksimum untuk menghasil buku ulungnya!Sama sama kita sokong Hana!Go Hana go! ;)

Shikin Fariza @ Dojek : Ini lagi sorang gadis petite periang.Shikin kini sibuk mencari nafkah.Dia bekerja di sebuah kilang.Bagus Shikin!Teruskan usaha! ;)

Atirah Noorsham @ Shefie : Atirah tidak ketinggalan mengambil peluang cuti ini untuk mengumpul duit!Atirah kini bekerja di sebuah restoran berdekatan rumahnya!Dengar khabar, dalam seminggu, dia hanya bercuti pada hari Isnin!Wahh!Bagus!Bekerja keras. ;)

Joanna Ramdzan : Baru baru ini ada juga dengar berita si gadis ini cuba mendapatkan kerja.Banyak tempat telah dia lawat untuk mencari kerja.Harap harap semoga terus berusaha dan berusaha lagi ya!Silalah bagitau rakan rakan ye Cik Jo kalau kalau dah dapat kerja.Kami nak tahu juga.Hehe.Dan di samping itu, dia juga ada membuat bisnes kecil kecilan.Menjual kamera dan banyak lagi.Tahniah!Cik Jo mengambil langkah menyahut seruan MARA, 'Keusahawanan Kerjaya Pilihan' ! ;)

Siah : Buat lesen sekarang ni si gadis comel ini.Dia juga sibuk menolong ibunya menjual pisang goreng.Wahhh!Pisang goreng!Sedap tu Siah!Mari pakat beli dengan Siah! ;)

Nisah Mohd : Yang ni pun sedang buat lesen.Penulis ada juga sempat berchatting di Facebook bersama sama si Nisah ini.Di samping itu, dia menghabiskan masa dengan menjaga adik kembarnya!Comelnyaaaa!!

Syariman @ Che Me : Jejaka pujaan ramai ini berada di Johor.Dia menghabiskan masa di rumah kakaknya.Tapi gadis gadis yang menyimpan hati terhadapnya, jangan bimbang, penulis telah diberitahu sendiri oleh Che Me bahawa dia masih bujang.Hehe. ;)

Farahin Fahmi @ Fahyn : Yang ini pula jaga anak saudaranya di rumah.Bagus lah tu.Dengar dengar Faris sedang sakit sekarang.Moga moga sembuh lah ye. ;)

Baiklah..mungkin itu sahaja yang penulis dapat kongsi buat masa ini.Yang tidak ditulis namanya diatas, jangan kecil hati, sebaliknya, sudi sudi lah beritahu penulis berita terkini tentang diri anda melalui comment atau paling mudah di shout box di sebelah.InsyaAllah penulis akan menulis entri lain berkenaan perkembangan anda. ;)

Sekian sahaja, wassalam. ;)

Yours affectionately,
NKMZ.


5 comments: