Pages

Thursday, February 24, 2011

Kini 2.

Assalamualaikum.
Lanun sekalian. ;)

Ok.Baiklah.Penulis tiba tiba rasa semangat untuk menghidangkan para lanun sekalian dengan beberapa lagi perkembangan rakan rakan lanun kita.

Syamil @ Suzon : Ingatkah lagi kamu semua pada Syamil?Ala, Syamil yang dulu jejaka tunggal dalam kelas 5 al-Biruni.Hehe.Kini Syamil sedang bekerja di sebuah hardware di IOI tidak silap.Syamil ialah antara yang paling awal mencari dan mendapat pekerjaan dalam ramai ramai.Dia juga paling awal mendapat gaji.Dengar dengar dia punya gaji boleh tahan banyak.Bolehla ramai ramai kita ke IOI ye.Tengok duit Syamil.Ooops, tengok Syamil lah. ;)

Syauqi @ Choki : Haa, yang ini pula bekerja jugak.Di Kenny Rogers di Alam Sentral tak silap.Hmm, agaknya best kot dapat makan muffin kat Kenny Rogers tu hari hari eh Syauqi.Sekarang ni dengar khabar, Choki ni tak berapa sihat.Diarrhoea khabarnya.Hmm..pergilah jumpa doktor ya. ;)

Aina Fatin Akifeen @ Fieenn : Haa, yang ini penulis susah sikit nak tahu perkembangan dia.Haha.Bukan apa, Fienn ni takde kat Kelantan.Merantau aje kerjanya.Tak tahulah dia ni bekerja ke apa.Nanti ramai ramai kita tanya dia kt Facebook ya! ;)

Yang lain tu, apa lagi?Cepat cepat beritahu penulis apa yang sedang berlaku.Penulis akan merajinkan diri untuk mengupdate blog ini dengan semua perkembangan ahli lanun.InsyaAllah.

Sekarang banyak khabar angin tentang tarikh keputusan SPM 2010 diumumkan.Hishh...mana satu entah nak percaya?Semua dilanda perasaan ingin tahu dan tahap nervous tu tak payah cakapla memang di aras paling tinggi kan.Penulis faham perasaan kita semua.Apatah lagi yang duduk jauh jauh seperti di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan lain lain, pastinya perasaan mendebarkan bercampur baur dengan kebimbangan untuk mendapatkan tiket pengangkutan ke maktab.Hmm, kalau beli awal, tak confirm, kalau beli lewat susah pulak kn nk dapat.Jangan main main, tiket pengangkutan sekarang pun makin mahal.Tiket bas sahaja kini sudah mencecah RM40+.Beginilah, harap harap pihak sepatutnya akan memberitahu tarikh sebenar keputusan SPM 2010 diumumkan pada waktu dan masa yang rasional.Bak kata lain, agar semua pihak berpuas hati.Kita serahkan kepada pihak sepatutnya ya.;)

Tugas kita pula?
Baiklah rakan rakan..Walaupun kita semua sibuk dengan hal masing masing, tapi, hendaklah kita beringat, doa dan amalan hendaklah dijaga.Mintalah dengan Allah s.w.t agar Dia mengurniakan kita semua dengan kejayaan!InsyaAllah.Tapi ingat, jangan hanya meminta, tetapi, sertakan juga dengan selawat Alhamdulillah untuk memanjatkan kesyukuran kita kepadaNya atas nikmat yang telah Dia kurniakan selama ini.Wahai lanun lanun, ;) penulis sukacita ingin berkongsi dengan para lanun bahawa sebaik baik zikir ialah Lailahaillallah, manakala, sebaik baik doa ialah Alhamdulillah! ;)
Selamat beramal ya!

Yours affectionately,
NKMZ

No comments:

Post a Comment