Pages

Friday, December 30, 2011

UTP P.I.R.A.T.E.S #update

Assalamualaikum untuk semue...
ok, sunyi sepi tanpa berita wahai pirates2 sekalian..
semue sibok dgn study masing2..
dkt sini nak update beberape perkara tentang kehidupan beberapa org kwn2
kita yang b'mastautin di UTP

kiteorg (poje, nik, abe, lala, syu, fetty, nina and umi)
xlama lagi nk FINAL
sekarang ni kteorg tgh gdaikn waktu tidor untk cover smue chapter untuk final
harap2 sempat dan di beri kemudahan untuk jawab exam
kiteorg pnyer final bermula 05/01/12
minta kerjasama dr korang semue untuk doakn yg terbaik untuk kitaorg di sini

ble dh hbs final ni,
insyaAllah, nik, abe,fetty,nina,syu, n umi
akn smbung degree
dan lala n poje akn smbng ke sem-3 untk foundation..

oklah korang semua, selamat stdy dn bercuti ye kawan..
doakn kami berjaya...

P.I.R.A.T.E.S

Monday, August 22, 2011

Aneeza

Assalammualaikum

Aneeza dah lama menyepi kan . haha
just to let you know
I'm pursue-ing my studies at Tanta University , Egypt in Dentistry
for 5 years
bukan tajaan mana2 , tajaan parents je , tak delah hebat mana
i'm leaving next month on 28th or 29th
so i need your prayers and some luck
coz i can't fail now coz it costs a lot of money

btw , Joanna and Azie are leaving for Moscow , Russia in next month too
both under YTs scholarship
their leaving on the 21st of Sept if i'm not mistaken

pray for us =)

Happy Ramadhan Al-Mubarak


Wednesday, August 17, 2011

lamanya tak update =.=

assalamualaikum and hello.

begitu lama sekali ya blog ini tidak diupdate.mungkin harus menambah contributors.hehehe

siapa berminat?sila pm saya email anda.->merujuk kepada pirates 09/10 sahaja.muahahahaha

apapun,ya,kini saya,penulis entri ini sudah melanjutkan pengajian di SegiUC,Kota Damansara.saja-saja nak maklum kepada anda,manalah tahu ada yang tak tahu :)

ya,di sana saya mengambil diploma in mass communication.dan ESOK merupakan FINAL saya.cuak!

doakan saya ye kawan-kawan.

dan setahu saya mereka yang berada di Matrikulasi telah menjalani UPS.Tahniah kepada Aina Fatin Akifeen kerana berjaya mendapat markah penuh dalam matematik. :D dan juga yang lain-lain kerana berjaya menghadapi UPS dengan jayanya.

Selain itu,menurut rakan-rakan kita di Puncak Alam,FINAL mereka adalah dalam 5 minggu lagi.ya,mari kita sama-sama mendoakan kejayaan rakan-rakan kita di mana sahaja mereka berada.

ingat tujuan kita ketika kita mula-mula menjejakkan kaki ke tempat pengajian baru?

untuk menuntut ilmu dan membanggakan kedua ibu bapa kita.sentiasa ingat itu ya. jangan lalai pula ya. :)

semoga kita semua masih ingat tujuan utama kita.

wasalam.

Thursday, June 2, 2011

sekarang!

assalamualaikum and hello!

semua orang dah sibuk sambung belajar.

so,all the best people!

belajar molek.

mulakan dengan azam baru dan usaha yang tekad.

jangan hangat-hangat tahi ayam sahaja ye. :)

ok,chaww!

Monday, May 9, 2011

upu,matriks or ipts?

assalamualaikum and helloooooooooo!!!

sudah lama blog ini tidak diupdate ya.maaf kepada teman-teman sekalian.

okay,seperti yang kita sedia maklum,keputusan upu sudah keluar.matriks juga.

walauapapun keputusan kawan-kawan,kami akan sentiasa menyokong anda!buatlah keputusan yang terbaik =D

SAYA PERCAYA ANDA BOLEH. yay!

kepada mereka yang tak mendapat matriks atau upu,tabahkan jiwa.saya percaya anda pasti boleh berjaya jua.

saya, tidak mendapat matriks dan kemungkinan besar saya akan melanjutkan pengajian ke unisza. :) terengganu lagi -.-

okay,tak apalah.upu nak saya melibatkan diri dalam sukan sebenarnya ini.terengganu kan terkenal dengan aktiviti menunggang kuda,golf,renang dan basikal.saya salute terengganu!haha

harap-harap saya boleh jadi pemain golf yang berjaya. =)

i'm going to take diploma tesl. :D

and guess what?

ada orang add saya di fb semata-mata kerana dia terjumpa blog peribadi saya dan dia juga ingin ke unisza dan ambil tesl.terkejut pun ada tau.patutlah tak ada mutual friend.hehe

tapi saya tak kisah.malah seronok.jumpa kawan juga akhirnya.tapi dia masih buat rayuan upu.dan harap-harap dia dapat.dan cuba teka?sewaktu dia isi borang upu mula-mula dulu,dia pun letak diploma mass comm sebagai pilihan pertama.sama macam saya! LOL

begitu banyak persamaan ye.haha.ada chemistry ni.hihi

okay kini ramai yang keliru terutama bagi mereka yang dapat banyak tawaran.

nak ambil asasi?nak ambil matriks ?atau utp?atau ipts lain?

itu terserahlah kepada anda. :)

cuma kalau memang minat jurusan diploma tu,ambillah diploma.kalau tak minat,kalau boleh elakkanlah ye.

kalau antara asasi dan matriks,tengoklah anda dapat asasi apa.kalau dapat asasi sains kejuruteraan tapi minat medik,masuk jelah matriks.macam kawan saya di BP.Dia minat medik tapi dapat engineering di uitm jengka.jadi dia pun ambil keputusan masuk matriks.tapi ini sekadar pendapat.hidup anda,anda yang tentukan. :)

because sometimes we have to compromise.like me,i'm not really interested in tesl.but then i have no other choice so in times like this i have to practice tolerance.by the way,i do have interest in english.so i guess i'll do fine.so conclusion:saya suka lah juga sikit-sikit.cuma perkataan mengajar tu menakitkan saya.sebab..entah.mungkin sebab saya ni takut tak dapat jadi guru yang baik.you know,i was a pgf leader for a year in mjsckt and i didnt think i did a good job.harap maaf ya kepada anak-anak buahku dahulu.

tapi kalau tak minat LANGSUNG,lebih baik matriks kot. :) terserahlah ya.

kita akan saling menyokong kan?

Sunday, April 17, 2011

Indahnya Islam.

Assalamualaikum w.b.t.

Lama sudah rasanya tidak mengemaskini blog ini. Maaf dipohon daripada semua penulis blog.

Ingin sekali penulis mengucapkan tahniah kepada yang sudah dan bakal menghadiri pelbagai jenis temuduga. Mudahan segalanya akan berjalan lancar.

Baiklah, pernahkah rakan rakan merasa kecil hati, kecewa, penat menghadapi dugaan atau sebagainya?
Tipulah jika tak pernah, manusia memang akan melalui pelbagai jenis emosi. Ada hikmahnya Allah s.w.t. kurniakan manusia dengan pelbagai jenis emosi. Emosi ialah sebahagian dugaan kita harus tempuhi. Jika berasa gembira sekali pun, itu bermakna Allah s.w.t menguji kita dengan nikmat. Kalau berasa sedih, kecewa, dan sebagainya pula, Allah menguji kita untuk bersabar. Jadi bersabarlah walau kita berasa gembira mahupun kecewa. Dan sentiasalah kita bersyukur kepadaNya dengan segala yang dikurniakan. Ingat ya wahai rakan rakan, jika kita sedih macam mana pun, jangan khuatir, ini hanya di dunia, jika kita bijak beramal insyaAllah, kegembiraan yang hakiki menuggu di akhirat sana. Kalau gembira sangat, bersyukurlah wahai sodiqi, mudahan dengan kita bersyukur, dapat kita merasa nikmat syurga di akhirat sana.

Ingat, dunia hanya persinggahan di mana kita mencari bekalan untuk akhirat.


Monday, April 11, 2011

Kepada Syariman Zakaria.


Assalamualaikum w.b.t.
Hello PIRATES !

I have a very good news. One of our members, Syariman Zakaria ( ala, siapa tak kenal Che Me kan? :P ), has passed his interview and got his admission to be studying in ALAM soon.

This is indeed a very grateful moment for him and us. Alhamdulillah.


Thursday, April 7, 2011

Ini Pasal Ranking Ya.

Assalamualaikum.

MRSM Kuala Terengganu.

Ranking MRSM Se Malaysia, 9. Top ten tu babe. :)

Ranking SBP dan MRSM, 36. Top 50 best schools tu babe. :)

Friday, April 1, 2011

Yaasiin.

Assalamualaikum.

I feel compelled to share with my beloved friends very beautiful facts about the Surah Yaasiin.

:)

1. ” The person who reads Yaseen every night, (he) will be pardoned. ” (Baihaqi)

2. ” The person who reads Surah Yaseen every night, thus, when he dies, he will die as a sha’heed (martyr).” (Tabaraani)

3.” Whosoever reads the heart of the Quraan - ” YA-Seen” in Ramadhan will recieve the sawaab of reading 10 Quraans.” (Tirmihi)

4. ” Whoever reads Surah Yaseen in the beginning of the day, all his needs for the day will be fulfilled.”

5.Whoever reads Surah Ya’seen for the pleasure of Allah only,all his previous sins are forgiven.Therefore make a practice of reading this Surah over your dead.

6. If someone reads Surah Ya’seen and Surah Saffat on Friday and begs Allah of his needs, his needs will be fulfilled

7. Surah Ya’seen is named in the Torah as Mun’mah (giver of good things) because it contains benefits for its readers in this life as well as in the Hereafter, it removes from him the afflictions of this world and the next and takes away the dread of the next life.

Source : Tumblr

Much love,
Hanan Kamalia

Hebatnya Islam !

Assalamualaikum w.b.t.

Hello my fellow PIRATES members. :)

Well, today, I'd like to share something very motivating yet very inspirational for us as Muslims.

Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullaill.

Masya Allah! Indahnya Islam! :)

Alhamdulillah!

Sumber : Tumblr. com

Much love,

Hanan Kamalia.

Tuesday, March 29, 2011

searching for the hikari..

well..this is my first entry..in here..in our batch's blog!
(sorry hanan i didn't write here earlier)
yow!awesome PIRATES..hehe


it was like  a sweet dream right guys..
everything has settle down..
our school-life time..
no more blue/brown uniform
no more textbooks
no more black shoes
no more green/white/red plastic chairs
no more shouts..
"what we want?"
"STRAIGHT A+" was shouted with full of energy..
and now we already got our own results..
be grateful to ALLAH for everything that u got
and..do not ever blame ALLAH..=)

actually my points here is..

guys,..please be MENTALLY and physically ready for the outside world..
surely it will be more challenging..
full with joy and tears
experience that will teach you to be a REAL HUMAN..
and one more thing that you should be well prepared is..
your IMAN..
you will be tested for your iman..
are you really a good muslim?
are you the one that hold to your belief 24/7?
do you easily to forget what islam teach u when there is no one will observe u..
but ALLAH do..
do you feel free to read 'love note' from ALLAH?
do you have extra time to perform solat hajat?
and..
are you PROUD to be born as a muslim?

i'm not saying here that i'm a very good muslim..
but now i'm trying to be a good mukmin..insyaALLAH..
i'm trying to complete my 'life puzzle'
i'm trying to find a hikari(japan word) or nur from ALLAH




hopefully..all of us will find the true meaning of 'LIFE'
amin.


(sorry for my bad-english)


lots of love,
MAI
(x-MJSCKT 09/10 and hard-died fan of PIRATES..)

Thursday, March 24, 2011

. . .

ok guys .
aku tanak mengarut banyak2. just nak alert korang tentang
PERMOHONAN BIASISWA JPA .
1. medic , medic ke timur tengah. pharmacist, dentist, dentist ke timur tengah.
- india, poland , new zealand, republic czech, rusia, jordan (MEDIC)
-australia , india , ireland, UK. (DENTIST)
-australia,new zealand,UK
- at least 9A- in bm,bi,math,hist,pai,addmth,phy,chem,bio.
2. engineering
-mechanical , chemistry, electrical sahaja.
- jerman, perancis, jepun
- at least 7A- in bm,hist,pai,phy,chem,eng,addmath + 2A- dlm subject lain2.
- * untuk ke JEPUN , biasiswa hanya dtwarkan kpada Bumiputera
3. law / tourism
- ke United Kingdom
- at least A- in bm, bi, math, pai, hist + at least 4- in subjects lain

Tuesday, March 22, 2011

23th March 2011



SPM 2011.



kita dah tempuh last year.

but it doesnt end the moment we passed up our last paper (may it be Biology, Arts or Account).

why?
because we dont get the result yet.

so,

SPM keeps us wondering ....


but,,

here comes the date.

the one we've been waiting for months.
macam2 yg kite wat sementara nak tunggu result.

contoh..

tapi, tak kira apa kita buat,

kadang2,

mesti akan terlintas sal result kat kepala otak kita yang genius ni kan?

well, it happens to me,,

tatw laa korg rase ke tak ape yg aku rase.

:)

so ,

sekarang,

kita tak payah fikir dah.

SEBAB..

result kita ESOK !

yeah. esok.

so,

i wish you all the best.

doa aku sentiasa ada utk korg.

doakan aku gak tw.

jumpa esok.

aku sayang korang sampai mati.

love,

athira aka mejar aka cing.

Monday, March 14, 2011

menghitung hari


menghitung hari,
detik demi detik,
masa ku nanti apa kan ada,
jalan cerita,
kisah yang panjang,
menghitung hari . . .





okay guys,
MNGHITUNG HARI .
u know what i mean, rite?
aku berdebar. sumpah.
just a few days left.

lots of things appeal to my mind.
" cmne if result twuk? "
" reason ape aku na kasi? "
" cmne na face people out there? "

but , what else can we do kan?
redha and berdoa saje kpd Allah .
He knows whats the best for us .
so, ta kire cmne pun result kite nnti , kite kena terima .
that's the fate.

tapi of course , aku doakan yang terbaik buat korg.
always do.
aku??
ntah laa.
aku ta kesa cmne skalipun result aku.
aku redha.
klu tewuk , salah aku.
klu ok,
nasib aku.

tapi,
if nnti result aku tewuk gile,
korg jgn ketawakan aku laks.
aku sekeh korg nnti.
haha.

ok la.
im going back to work.
take care, korg.
jge kesihatan.
jmpe kat maktab nnti. HAHA. :)


love always,
athira aka CING aka mejar.




Sunday, March 13, 2011

Kehilangan.

Assalamualaikum.

Rasanya sudah dimaklum di Group di Facebook.
Al Fatihah buat adik kepada Nazira Huda @ Azie.
Semoga rohnya dicucuri rahmatNya.

Kepada keluarga Azie, tabahkan jiwa, sesungguhnya ini dugaanNya, kami sentiasa menyokong kamu.

I on behalf of all members of PIRATES 09/10 would like to express our deepest condolences to you and your family, dear Nazira Huda.

Al - Fatihah.

Saturday, March 12, 2011

TSUNAMI HIT JAPAN

Tsunami triggered by one of the greatest earthquake hit japan.The quake is the sixth largest of all time and worst to hit Japan.

WHEN?MARCH 11 2011.

TIME? 2.46 PM

MAGNITUDE OF EARTHQUAKE? 8.9

hundreds are dead and up to 80000 missing in Japan tsunami.Japan Prime Minister declared a nuclear emergency when the cooling system at the country's largest atomic plant shut down due to the quake.Experts were battling to stop radiation leaks.Japanese scientists decided to release radioactive vapour to ease temperature at the nuclear plant.Radiation levels is said to be 1000 times the normal level.However,it is said not to be harmful to the environment and human health because the aim is to prevent radiation leaks as they repair cooling systems.

Warnings were also issued along the west coast of America,Canada,Philippines,Indonesia, Central and South America.East Malaysia too.

Let us pray for the victims and ourselves too.

Semoga Allah menjauhi kita dari bala bencana.Amin.

notakaki:ambillah iktibar daripada kejadian ini.Sama-samalah kita muhasabah diri.

Wednesday, March 9, 2011

1

well.entri pertama dari aku.
hope semua kawan2 kita tak kra mana je sihat2 semua.
nak list nama sorg2 mmg tak dapat lah kan.

so.
life korg mcmana skrg?
kerja??
duduk rumah??
24/7 Facebook??

boring kan kadang2.
kadang2 wish dapat g sekolah balik.tp tak nak SPM
haha.
yeah.
itu yg slalu aku harap kan kalau g skolah dulu2.
mak ai.malas bonar nak study
nak main dalam class je kalau boleh
buli kanak2 dlm class tu

kalau korg sumua dgn kawan2
aku pulak stuck kat labuan ni
duduk ngn mak aku.
but but
i'm coming home this SUNDAY!
yay for me!

tak sabar sgt
i'll be staying in Kajang until 24th March
and i'm celebrating my birthday with daddy
i'm hoping to have a good birthday this year since i did'nt got a chance to celebrate with my family for a long time since masuk asrama.

so.mmg nak manfaatkn holiday aku kt sana

so.
thats all for now.

harap korang sihat sejahtera.
di murahkan rezeki.

and congrations to JOANNA sbb dia dah dapat kerja :)
boleh la belanja

salam :)

a Start. :)

im using this opportunity to thank Hana and hanan for inviting me to be one of the contributors. terima kasih ya, kawan!
guys, im working now and i dont really have time to write everything in my mind.
just na ajak korang isi Permohonan Maktab Perguruan Lepasan SPM .
mula-mula aku pun confuse pasal benda ni.
but then, after aku call Hanan, dengar explanation beliau, baaaru laa aku faham. :) [thanks Hanan ]
so , disini, aku ,NAAMZ, nak menggalakkan korang isi mendalah ni. come on, try your luck. apply je. klu dapat, Alhamdulillah.
lagipun, kat sini , aku nak highlight satu option menarik kat korang.
to those yg interested na continue study oversea ,, u guys still get the chance to try.
SEBAB ,,
ader satu program yg menarik tau. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Luar Negara.
jurusan2 yg ditawarkan pun menarik . antaranya :
~fizik
~kimia
~biology
~math
~bahasa cina
~pendidikan khas.
kpd korg2 yg ta minat science subjects (phy,chem,bio) , korg ley choose Pendidikan Khas.
"pendidikan khas? jurusan pe tue?"~~
klu ni soalan yg ader kat kepala otak korg skrg,,
aku ta ley na explain sgt. hahaha. sorry.
aku takut salah bagy explanation plak. kang naya aku kena blasah ngn korg.
tpi, yg aku tw, Pendidikan Khas ni terbahagi kpd beberapa jurusan laaa ; Psikologi, dll..
aku ta tw sgt, sbb aku pun tnye Hanan sal menda ni. HAHA.
so , klu na tw pape info, korg post laa kat wall Hanan. kat wall aku un ley gaks. bley kan Hanan? hee~~
ok la. im going back to work.
kang kantoi ngn Bos, naya aku.
sape na bayar gaji aku? korg? mmg tak lah kan? hahaha.
k. jage diri tw korg. :)
ily, PIRATES 0910

Tuesday, March 8, 2011

doa untuk rakan kita

assalamualaikum,kawan-kawan

saya ada satu berita penting di sini.

rakan kita,wani majid sedang menjalani rawatan sebenar bagi penyakit yang dihidapinya

sekarang beliau sudah agak sihat dan boleh melakukan aktiviti-aktiviti seperti silat,bermain badminton dan sebagainya.

namun,doktor menyuruhnya banyakkan berehat di rumah.

dan kini beliau sering berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan bagi bahagian kiri badannya

beliau sangat memerlukan sokongan rakan pirates sekalian.sama-sama kita memberinya semangat untuk terus berjuang ye.insyaallah.

marilah kita sama-sama berdoa demi kesihatannya.amin.

wasalam.

musim blog ke ni?

Assalamualaikum kawan-kawan.

kawan-kawan,


sejak tingkatan 4 aku berjinak-jinak dalam dunia blog ini,tiba-tiba awal tahun ini kemunculan blog baru semakin ketara.

RAMAI RAKAN PIRATES KITA YANG SUDAH MEMPUNYAI BLOG SEKARANG. :)

musim blog ke ni?yelah kot.hehe :D

saya suka.saya suka.

tempoh hari,saya ada mengupdate status di FB tentang perkara ini.

Dan jawapan yang saya perolehi ialah

'cikgu saya yang suruh.' ini adalah jawapan syuhaidah saufi anuar. LOL

siapa-siapa rakan pirates yang ada blog tu beritahu lah kepada saya.

saya suka blogwalking. :)

saya suka!saya suka! beritahulah kepada saya ya link anda. *merayu dengan tangisan*

ok,chow!

sekian,terima kasih.

Monday, March 7, 2011

Sama Sama.

Assalamualaikum.

Hello to all my friends.

Apa khabar wahai sodiqi sekalian?
Moga moga sihat belaka hendaknya.
InsyaAllah!

Rakan rakan semua pasti sedang sibuk menjalankan tugas masing masing.Tidak kiralah yang sedang berada di dapur membantu ibu memasak, menunggu pelanggan di tempat kerja masing masing, mahupun sedang berehat setelah penat bekerja sejak pagi, semua orang ada tanggungjawab masing masing.Tambah tambah pula sekarang kita semua sudah secara congak congak nya mencecah umur 18, perasaan tanggungjawab semakin subur dalam jiwa masing masing.InsyaAllah.

Baiklah, rakan rakan semua, saya yakin kita semua sedang mengalami perkara yang sama.Semuanya sedang berdebar menanti keputusan SPM 2010 yang bakal diketahui tidak lama lagi walaupun tarikhnya masih belum sahih.Sambil sambil menunggu ketibaan waktu tersebut, sama samalah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. atas nikmat yang telah dilimpah kepada kita setiap saat, contoh, nikmat mempunyai keluarga, nikmat menuntut ilmu dan sebagainya dan haruslah kita semua bersyukur atas nikmat paling besar iaitu nikmat sebagai seorang Muslim.
MasyaAllah!
Sesungguhnya kita sangat bertuah menjadi sebahagian umat Islam.
Alhamdulillah...

Sebagai seorang Muslim, kita haruslah sentiasa berdoa.Doa umpama satu talian live bagi membolehkan kita terus berhubung dengan Allah s.w.t.
Dalam doa kita, macam macam boleh kita sampaikan, luahan perasaan, keinginan, hajat, rasa kesyukuran dan macam macam lagi.Allah s.w.t Maha Penyayang, maka, Dia lah kekasih kita yang hakiki.Kalau kekasih, maka, kita semua sentiasa boleh berhubung dengannya pada bila bila masa.Indahnya agama kita kan rakan rakan? ;)

"Macam mana pula nak berdoa setiap masa?Takkan lah pergi jalan jalan dekat KB Mall tiba tiba kita pandang atas dan menadah tangan berdoa, lalu menimbulkan syak wasangka orang sekeliling."

Baiklah kawan kawan yang dihormati.
Berdoa pula tidaklah semestinya kita diwajibkan menadah tangan dan sebagainya.Berdoa boleh dilakukan dalam hati kecil seseorang.Jika kita berkata kata dalam hati dengan berniatkan ingin Allah s.w.t mendengar apa yang dikatakan, yakinlah bahawa, Allah s.w.t ada bersama sama kita dan Dia Maha Mendengar.Lihat, mudah bukan untuk berkomunikasi dengan Allah s.w.t? ;)
Tetapi, menadah tangan, menghadap kiblat dan sebagainya adalah adab berdoa.Jika tidak berbuat sedemikian, tidak berdosa.Jika dilakukan pula, Alhamdulillah, semoga bertambah pahala kita semua, InsyaAllah!

Tetapi ingat ya rakan rakan, kita jangan sesekali mengadili seseorang, jangan riak jika kita rasa kita sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t.Ini boleh mengundang penyakit hati.Ingat, hanya Allah s.w.t boleh mengadili kerana Dia lah Maha Adil dan hanya Allah s.w.t sahaja yang boleh menentukan dan mengukur keikhlasan dan ketakwaan seseorang.Sebaliknya, kita sertakan orang lain dalam doa kita.Kita jangan lokek dalam berdoa.InsyaAllah, kebaikan yang kita doakan untuk orang lain, akan dikurniakan juga kepada kita.

Tiga jawapan untuk permintaan atau doa kita kepada Allah s.w.t.
  1. Yes.
  2. Not yet.
  3. I have better plans for you.
See, Allah s.w.t indeed knows what's best for us. ;)
And He never says 'No'.

Sekali lagi, indahnya agama Islam.Alhamdulillah.

Sukacita saya ingin sampaikan di sini bahawa hendaklah kita sentiasa ingat, doa itu senjata orang Islam!

Akhir kata, samal sama kita beramal soleh.

Wassalam.

Yang menyayangi kamu semua,
Yours affectionately,
NKMZ.

Sunday, March 6, 2011

perkembangan terbaru

~ulalalalalalalalalalalalala

saya,SHAHERAH HANA berasa sangat ceria!

saya dah tak homesick dah... yay!

ok ok dah jauh terpesong dah ni *penampar pada pipi sendiri*

hana1:tu lah banyak merepek sangat.

hana:xP

hana2:nak buat macam mana lah kan teruja dapat balik DARI philippines...

hana1: tak best ke?

hana:best !cuma....

hana1:cuma apa?buat saspens je lah.cepatlah cakap! *tak reti sabar*

hana:rumahku syurgaku.hahaha.

hana1 and hana2: O.o apa-apa jelah.

now,straight to the point...

sebenarnya tujuan saya ini adalah untuk menceritakan sedikit perkembangan beberapa orang sahabat berbangsa lanun kita.

*muka-muka teruja dan ingin tahu*

sabar ye sabar.jangan jadi macam hana1,okay?

sueya: sementara menunggu keputusan SPM, perempuan comel ini menjadi personal assistant adiknya.Perempuan comel ini juga rajin membantu ibunya.Dan lebih menarik,ibunya memberi ganjaran setiap bulan.$.$ *money money*

maaf,saya seorang yang mata duitan.

ok seterusnya,

Amalia Nabila:Gadis ini pula baru sahaja menamatkan kelas memandunya dan bakal mengambil ujian JPJ pada 14/3.Mari kita doakan kejayaannya dalam menghadapi ujian yang sangat mendebarkan tersebut.

*takut takut* ~waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

hana1;oi,hana senyaplah.bukannya kau yang ambil ujian tu pun!

hana:ala..saja je..nak rasa emosi tersebut.

hana2:macam mana rasanya?

hana:entah .cuak kot.

hana1 and hana2: @_@ saya rasa awak ni perlu mendaftarkan diri di Tanjung Rambutan lah.

hana:kenapa bukan Tambun?

hana1 and hana2:*sigh* kritikal betul budak ni

sudahlah! saya malas nak layan suara-suara dalam kepala saya ini.Buat pening sahaja.

ok,next!

sarah:gadis ayu ini pula kini bekerja menjadi salesgirl di Salem Aziz di wakaf che yeh.Siapa-siapa nak beli kain,datangkah ke sana ye. xD

Baiklah.Sekian sahaja untuk kali ini. :)

Monday, February 28, 2011

spm?

ok,perkataan itu sangat menggerunkan bagi saya,dan saya pasti kalian juga berasa sedemikian.

Pada entri kali ini,saya hanya ingin mengkhabarkan suatu berita.

berita?pasti kalian berasa berdebar.

berdasarkan dua sumber yang saya rasakan boleh dipercayai,dengar khabar keputusan SPM kita akan dikeluarkan selepas march school break. :)

jadi,bersedialah ya,kawan-kawan!

saya tidak boleh mengatakan perkara ini adalah sahih tetapi insyaallah benar.

bersama-sama kita nantikan. xD

my heart is beating rapidly.thump thump thump. *gasping for breath*

haha.tidak ada apa-apalah.cuma panik seketika.

apapun,semoga kita semua mendapat keputusan yang kita redhai. :)

Sunday, February 27, 2011

Kini 4.

Assalamualaikum w.b.t.
Hello my PIRATES! ;)

Apa khabar semua?Harap harap sihat belaka.InsyaAllah.Sama sama kita doakan.

Tajuk kali ini, pasti sudah ada yang boleh meneka bukan? ;)
Baiklah, macam biasa, kita sama sama ikuti perkembangan rakan kita.
Sebenarnya, penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada salah sorang ahli lanun kerana sudi memberitahu penulis tentang perkembangan dirinya dan penulis pula memang mengalukan sikap sebegini.Tahniah si dia.Siapa agaknya dia ni? ;P
Jeng jeng jeng!

Wahh..Dia tu lah.Ala takkan tak kenal kot?Dia ni dulu Naib Presiden 1 BWP merangkap pangkat Presiden LDP.Cheh, siapa tak kenal si Nasrun Jaafar. ;p
Rasanya kalau kita semua terdengar suaranya yang beralunkan loghat pekat Terengganunya, semua orang cam.Betul tak?

Hmm..Nasrun memang berani, kerana dia memberi idea hebat kepada penulis untuk membuat sedikit coretan malam ini.

Baiklah, kawan kawan, abang Nasrun kita ni, sudah pun ada karier tetap yang sememangnya unik dan menguntungkan.Dia terkenal dengan minat dan hobinya dalam sukan 'lumba motor'.
Tapi, di samping itu, Nasrun atau lebih senang dikenali sebagai Ayun, kini, berkarier sebagai seorang..

PEROMPAK BANK.

Di sini, penulis sukacita ingin berkongsi sedikit sebanyak perbualan antara penulis dengan Ayun Si Taiko.

Penulis.
Ayun.

"Menguntungkan ke karier ini?"
"Memang menguntungkan nan! ;D"
"Ohh, bagusla macam tu.Cuba cerita sikit pengalaman sepanjang merompak bank?"
"Well, aku sebenarnya, pernah mati sekali, tapi aku pelik aku hidup semula"
"Yakk eh, hmm..guna jaket kalis peluru ke?=_="
"Hmm..taklah nan.Aku hanya menggunakan topi keledar ARAI!"
"Wahh!Tak tahu kejadah apa tu.Tapi macam mana pun, terima kasih atas respon kau Ayun. ;)"

Maka itulah setakat yang sempat kami bualkan.Bukan apa, takut juga si penulis nak tanya banyak banyak, kalau andai silap kata kat Ayun tu, tak pasal pasal, geng dia datang cari, naya!!

Kepada rakan lain, jika berminat untuk menyertai Nasrun dalam membina kerjaya yang menguntungkan ini, sila hubungi dia segera.Tempat terhad!

Sekian sahaja, wassalam!

Yours affectionately,
NKMZ.


Friday, February 25, 2011

Kini 3.

Assalamualaikum.
Hello to all PIRATES. ;)
How are you guys doing lately?
We, the authors of the blog, are praying the best that each of the member of our batch is in the best of health.
Remember people, take care of your health.
They say, health is wealth, and it is indeed very true.

Okay, let me continue this entry bilingually.

Baiklah, izinkan saya menulis entri ini secara dwibahasa.

Rakan rakan, perasan tak ada sekumpulan pelajar batch kita yang terlupa disertakan dalam entri sebelum ini yang mengupas tentang perkembangan batch kita?Mesti ada yang sedar bukan?
Sebelum saya meneruskan dengan kupasan perkembangan sekumpulan pelajar ini, saya ingin menghulur maaf bagi pihak blog ini dan penulis sendiri dari lubuk hati paling dalam kerana cuai dan gopoh sehinggakan terlupa menyelitkan perkembangan mereka.Hmm...minta maaf ya?

Sekumpulan pelajar ini ialah, Razak, Nuri Najian, Wani Yasin, Majidah, Izati PAIS, dan juga Fatin Amira.

Mereka ini sebenarnya telah pun berada di UiTM Puncak Perdana bagi melanjutkan pelajaran dalam subjek perakaunan.Malahan, mereka ini ialah kumpulan paling awal yang mendapat tawaran Program SPC MARA.Tahniah diucapkan!Semoga fokus dalam pembelajaran dan dapat meneruskan kecemerlangan mereka di sana. ;)

Sekian sahaja entri kali ini, wassalam.

Yours affectionately,
NKMZ.

Thursday, February 24, 2011

rasa penghargaan

assalamualaikum.

wahai rakan-rakan seperjuangan dan pembaca-pembaca sekalian

Di sini saya ingin mengekspresikan rasa penghargaan kepada saudari Hanan Kamalia.
Saya berasa sungguh gembira melihatkan entri-entri yang diposkan oleh saudari Hanan.Saya merasakan bahawa entri-entri tersebut sangatlah berguna dan dapat membantu kita mengikuti perkembangan rakan-rakan kita.Insyaallah kita akan berjumpa pada hari kita mengambil keputusan SPM 2010 kelak.Semoga kita semua mendapat keputusan yang terbaik.Saya juga berasa sangat terharu kerana saudari Hanan telah melakukan kerja beliau mendesign blog ini dengan begitu baik sekali!Terima kasih,kawan!

P.S i love the header.Good job! :)

Kini 2.

Assalamualaikum.
Lanun sekalian. ;)

Ok.Baiklah.Penulis tiba tiba rasa semangat untuk menghidangkan para lanun sekalian dengan beberapa lagi perkembangan rakan rakan lanun kita.

Syamil @ Suzon : Ingatkah lagi kamu semua pada Syamil?Ala, Syamil yang dulu jejaka tunggal dalam kelas 5 al-Biruni.Hehe.Kini Syamil sedang bekerja di sebuah hardware di IOI tidak silap.Syamil ialah antara yang paling awal mencari dan mendapat pekerjaan dalam ramai ramai.Dia juga paling awal mendapat gaji.Dengar dengar dia punya gaji boleh tahan banyak.Bolehla ramai ramai kita ke IOI ye.Tengok duit Syamil.Ooops, tengok Syamil lah. ;)

Syauqi @ Choki : Haa, yang ini pula bekerja jugak.Di Kenny Rogers di Alam Sentral tak silap.Hmm, agaknya best kot dapat makan muffin kat Kenny Rogers tu hari hari eh Syauqi.Sekarang ni dengar khabar, Choki ni tak berapa sihat.Diarrhoea khabarnya.Hmm..pergilah jumpa doktor ya. ;)

Aina Fatin Akifeen @ Fieenn : Haa, yang ini penulis susah sikit nak tahu perkembangan dia.Haha.Bukan apa, Fienn ni takde kat Kelantan.Merantau aje kerjanya.Tak tahulah dia ni bekerja ke apa.Nanti ramai ramai kita tanya dia kt Facebook ya! ;)

Yang lain tu, apa lagi?Cepat cepat beritahu penulis apa yang sedang berlaku.Penulis akan merajinkan diri untuk mengupdate blog ini dengan semua perkembangan ahli lanun.InsyaAllah.

Sekarang banyak khabar angin tentang tarikh keputusan SPM 2010 diumumkan.Hishh...mana satu entah nak percaya?Semua dilanda perasaan ingin tahu dan tahap nervous tu tak payah cakapla memang di aras paling tinggi kan.Penulis faham perasaan kita semua.Apatah lagi yang duduk jauh jauh seperti di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan lain lain, pastinya perasaan mendebarkan bercampur baur dengan kebimbangan untuk mendapatkan tiket pengangkutan ke maktab.Hmm, kalau beli awal, tak confirm, kalau beli lewat susah pulak kn nk dapat.Jangan main main, tiket pengangkutan sekarang pun makin mahal.Tiket bas sahaja kini sudah mencecah RM40+.Beginilah, harap harap pihak sepatutnya akan memberitahu tarikh sebenar keputusan SPM 2010 diumumkan pada waktu dan masa yang rasional.Bak kata lain, agar semua pihak berpuas hati.Kita serahkan kepada pihak sepatutnya ya.;)

Tugas kita pula?
Baiklah rakan rakan..Walaupun kita semua sibuk dengan hal masing masing, tapi, hendaklah kita beringat, doa dan amalan hendaklah dijaga.Mintalah dengan Allah s.w.t agar Dia mengurniakan kita semua dengan kejayaan!InsyaAllah.Tapi ingat, jangan hanya meminta, tetapi, sertakan juga dengan selawat Alhamdulillah untuk memanjatkan kesyukuran kita kepadaNya atas nikmat yang telah Dia kurniakan selama ini.Wahai lanun lanun, ;) penulis sukacita ingin berkongsi dengan para lanun bahawa sebaik baik zikir ialah Lailahaillallah, manakala, sebaik baik doa ialah Alhamdulillah! ;)
Selamat beramal ya!

Yours affectionately,
NKMZ

Kini.

Assalamualaikum.

Ini ada sedikit berita yang ingin dikongsi.Bukanlah berita hangat pun.Hanyalah berita perkembangan sekitar rakan rakan kita semua.

Fauzan Idrus : Kini sambil menunggu keputusan SPM, Fauzan bijak membahagikan masa.Selain daripada berdoa untuk keputusan yang cemerlang, Fauzan bergiat aktif dalam sukan ragbi.Beberapa minggu lepas, juga dalam bulan ini, dia telah ke Hatyai untuk satu perlawanan ragbi.Pasukan ragbi disertainya mendapat Naib Johan di sana.Tahniah!Baru baru ini juga, dia baru sahaja mendapat tawaran panggilan untuk menyertai pasukan ragbi, tidak silap, bagi pasukan entah tidak pasti apa ya.Tapi, tahniah lagi sekali kepada Encik Fauzan kerana mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah yang akan membawa kepada kesihatan yang lebih mantap! ;)

Aisyah Manen : Si gadis kecil molek ini dengar khabarnya sedang sibuk menolong bisnes ibunya di sebuah kedai menjual produk AVON.Aisyah akan mendapat serba sedikit pengalaman dan pegetahuan tentang bisnes melalui aktiviti ini di samping dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara ibu dan anak.Tahniah!;)

Hanan Kamalia : Gadis kampung yang tinggal di Bachok ini kini sedang berusaha mendapatkan seberapa banyak mungkin pelajar untuk menghadiri tuisyen Bahasa Inggeris yang dibuka di rumahnya.Selain itu, gadis ini juga tidak ketinggalan ke sekolah rendah lamanya berdekatan rumah pada setiap Isnin untuk membantu guru-guru di sana mengajar murid yang bakal menduduki UPSR dalam subjek Bahasa Inggeris.Semoga berjaya!

Hafizuddin Ramli : Dengar dengar Encik seorang ini juga sedang mengisi masa terluang dengan membantu ayah tersayang bekerja!Bagus!Penulis ada juga sempat berchatting di Facebook bersama sama Encik Din ini, dan dia berkata bahawa dia mendapat pengalaman berharga membantu ayahanda tersayang! ;)

Alyaa Shafie : Si cantik ini sekarang sedang menghabiskan masa bersama sama keluarga tersayang di rumahnya di Seremban.Baru baru ini, sempat juga dia menimba pengalaman bekerja di kompleks beli belah berdekatan rumahnya, Jusco Seremban 2.Kini, dia memilih untuk meluangkan masa bersama sama keluarga.Bak kata orang, family first ;)

Atiqah Yusoff @ Shuhaibah : Si periang ini barangkali sedang sibuk dengan shooting.Maklumlah, kini makin berjaya karier modellingnya.;P Gurau!Baiklah, dia kini sedang berada di rumah.Menjaga adiknya, Iman.Dia gembira berada di rumah kerana dapat meluangkan masa bersama sama keluarga.

Umi Syahirah, Syuhaidah Saufi, Nik Syahiran, Amanina Saari, Fetty Salleh, Aslam @ Abe:
Mereka ini sedang sibuk dengan pembelajaran sekarang.Tahniah kepada mereka.Mereka semua kini berada di UTP, Perak.Mereka telah berjaya mendapatkan tawaran Program SPC MARA! ;)

Hannah Diyana, Kamilah Sakinah : Pasangan ini sedang sibuk juga belajar.Mereka berada di UTM, Skudai, Johor.Tahniah juga kepada mereka kerana mendapat tawaran Program SPC MARA! ;)

Farah Azlan, Diana Hasidi, Dida : Tiga serangkai ini sedang berada di Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah.Mereka juga berjaya mnedapat tawaran Program SPC MARA!Tahniah! ;)

Tuan Hazwani @ Aji : Si Aishwarya Rai ini kini berada di USIM tidak silap.Dia juga telah mendapat tawaran Program SPC MARA dalam bidang perubatan.Tahniah! ;)

Yusmira @Mek Yus : Gadis pintar kebanggaan kita semua ini juga berjaya mendapat tawaran Program SPC MARA dalam bidang perubatan di UIA.Tahniah! ;)

Shahera Hana : Si kecil molek yang petah bercakap ini sekarang sedang berusaha ke tahap maksimum untuk menghasil buku ulungnya!Sama sama kita sokong Hana!Go Hana go! ;)

Shikin Fariza @ Dojek : Ini lagi sorang gadis petite periang.Shikin kini sibuk mencari nafkah.Dia bekerja di sebuah kilang.Bagus Shikin!Teruskan usaha! ;)

Atirah Noorsham @ Shefie : Atirah tidak ketinggalan mengambil peluang cuti ini untuk mengumpul duit!Atirah kini bekerja di sebuah restoran berdekatan rumahnya!Dengar khabar, dalam seminggu, dia hanya bercuti pada hari Isnin!Wahh!Bagus!Bekerja keras. ;)

Joanna Ramdzan : Baru baru ini ada juga dengar berita si gadis ini cuba mendapatkan kerja.Banyak tempat telah dia lawat untuk mencari kerja.Harap harap semoga terus berusaha dan berusaha lagi ya!Silalah bagitau rakan rakan ye Cik Jo kalau kalau dah dapat kerja.Kami nak tahu juga.Hehe.Dan di samping itu, dia juga ada membuat bisnes kecil kecilan.Menjual kamera dan banyak lagi.Tahniah!Cik Jo mengambil langkah menyahut seruan MARA, 'Keusahawanan Kerjaya Pilihan' ! ;)

Siah : Buat lesen sekarang ni si gadis comel ini.Dia juga sibuk menolong ibunya menjual pisang goreng.Wahhh!Pisang goreng!Sedap tu Siah!Mari pakat beli dengan Siah! ;)

Nisah Mohd : Yang ni pun sedang buat lesen.Penulis ada juga sempat berchatting di Facebook bersama sama si Nisah ini.Di samping itu, dia menghabiskan masa dengan menjaga adik kembarnya!Comelnyaaaa!!

Syariman @ Che Me : Jejaka pujaan ramai ini berada di Johor.Dia menghabiskan masa di rumah kakaknya.Tapi gadis gadis yang menyimpan hati terhadapnya, jangan bimbang, penulis telah diberitahu sendiri oleh Che Me bahawa dia masih bujang.Hehe. ;)

Farahin Fahmi @ Fahyn : Yang ini pula jaga anak saudaranya di rumah.Bagus lah tu.Dengar dengar Faris sedang sakit sekarang.Moga moga sembuh lah ye. ;)

Baiklah..mungkin itu sahaja yang penulis dapat kongsi buat masa ini.Yang tidak ditulis namanya diatas, jangan kecil hati, sebaliknya, sudi sudi lah beritahu penulis berita terkini tentang diri anda melalui comment atau paling mudah di shout box di sebelah.InsyaAllah penulis akan menulis entri lain berkenaan perkembangan anda. ;)

Sekian sahaja, wassalam. ;)

Yours affectionately,
NKMZ.


Wednesday, February 23, 2011

Salam Ya Pirates!

Assalamualaikum.

First, I'd like to address appreciation for Shaherah Hana, the one who I really think, came up with this very simple yet cool idea of making this blog for our beloved batch.
Thank you Hana! ;)

So guys!
HELLO!

Welcome to our page and do visit this page.
Well, they say, the more the merrier!