Hello to all my friends.
Apa khabar wahai sodiqi sekalian?
Moga moga sihat belaka hendaknya.
InsyaAllah!
Rakan rakan semua pasti sedang sibuk menjalankan tugas masing masing.Tidak kiralah yang sedang berada di dapur membantu ibu memasak, menunggu pelanggan di tempat kerja masing masing, mahupun sedang berehat setelah penat bekerja sejak pagi, semua orang ada tanggungjawab masing masing.Tambah tambah pula sekarang kita semua sudah secara congak congak nya mencecah umur 18, perasaan tanggungjawab semakin subur dalam jiwa masing masing.InsyaAllah.
Baiklah, rakan rakan semua, saya yakin kita semua sedang mengalami perkara yang sama.Semuanya sedang berdebar menanti keputusan SPM 2010 yang bakal diketahui tidak lama lagi walaupun tarikhnya masih belum sahih.Sambil sambil menunggu ketibaan waktu tersebut, sama samalah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. atas nikmat yang telah dilimpah kepada kita setiap saat, contoh, nikmat mempunyai keluarga, nikmat menuntut ilmu dan sebagainya dan haruslah kita semua bersyukur atas nikmat paling besar iaitu nikmat sebagai seorang Muslim.
MasyaAllah!
Sesungguhnya kita sangat bertuah menjadi sebahagian umat Islam.
Alhamdulillah...
Sebagai seorang Muslim, kita haruslah sentiasa berdoa.Doa umpama satu talian live bagi membolehkan kita terus berhubung dengan Allah s.w.t.
Dalam doa kita, macam macam boleh kita sampaikan, luahan perasaan, keinginan, hajat, rasa kesyukuran dan macam macam lagi.Allah s.w.t Maha Penyayang, maka, Dia lah kekasih kita yang hakiki.Kalau kekasih, maka, kita semua sentiasa boleh berhubung dengannya pada bila bila masa.Indahnya agama kita kan rakan rakan? ;)
"Macam mana pula nak berdoa setiap masa?Takkan lah pergi jalan jalan dekat KB Mall tiba tiba kita pandang atas dan menadah tangan berdoa, lalu menimbulkan syak wasangka orang sekeliling."
Baiklah kawan kawan yang dihormati.
Berdoa pula tidaklah semestinya kita diwajibkan menadah tangan dan sebagainya.Berdoa boleh dilakukan dalam hati kecil seseorang.Jika kita berkata kata dalam hati dengan berniatkan ingin Allah s.w.t mendengar apa yang dikatakan, yakinlah bahawa, Allah s.w.t ada bersama sama kita dan Dia Maha Mendengar.Lihat, mudah bukan untuk berkomunikasi dengan Allah s.w.t? ;)
Tetapi, menadah tangan, menghadap kiblat dan sebagainya adalah adab berdoa.Jika tidak berbuat sedemikian, tidak berdosa.Jika dilakukan pula, Alhamdulillah, semoga bertambah pahala kita semua, InsyaAllah!
Tetapi ingat ya rakan rakan, kita jangan sesekali mengadili seseorang, jangan riak jika kita rasa kita sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t.Ini boleh mengundang penyakit hati.Ingat, hanya Allah s.w.t boleh mengadili kerana Dia lah Maha Adil dan hanya Allah s.w.t sahaja yang boleh menentukan dan mengukur keikhlasan dan ketakwaan seseorang.Sebaliknya, kita sertakan orang lain dalam doa kita.Kita jangan lokek dalam berdoa.InsyaAllah, kebaikan yang kita doakan untuk orang lain, akan dikurniakan juga kepada kita.
Tiga jawapan untuk permintaan atau doa kita kepada Allah s.w.t.
- Yes.
- Not yet.
- I have better plans for you.
And He never says 'No'.
Sekali lagi, indahnya agama Islam.Alhamdulillah.
Sukacita saya ingin sampaikan di sini bahawa hendaklah kita sentiasa ingat, doa itu senjata orang Islam!
Akhir kata, samal sama kita beramal soleh.
Wassalam.
Yang menyayangi kamu semua,
Yours affectionately,
NKMZ.
No comments:
Post a Comment